Memang aku kaki wayang tapi takdela sume citer aku gi layan kan. Hari Jumaat malam Sabtu yang lepas gi Alamanda layan citer Dark Shadows. Sebelum tu dinner la dulu kat Rasa. Dah lama tak makan kat Rasa ni sebab renovation. Apa ntah nama makanan kat bawah ni aku makan. Rasanya Chicken Black Pepper Rice kot dari Little Wok. Seyes aku tak suka. Banyak sangat bawang & halia. Aku ni dahla memang tak suka bawang. Aiyoo..
Wayang start pukul 10 malam, jadi gilah ronda jap. Tengok kereta-kereta yang dipamerkan kat Alamanda tu. Not bad la design Proton Preve bila tengok dari dekat. Tapi minat aku tetap pada Ford Fiesta walaupun takde kat Alamanda masa tu & dari dulu sampai sekarang aku tak beli lagi Fiesta. Hahaha...
Citer Dark Shadows sebuah filem komedi seram, mengisahkan pasal saudagar dari Liverpool, keluarga Collins yang berhijrah ke Amerika dan akhirnya berjaya membangunkan sebuah pelabuhan perikanan yang dinamakan Collinsport. Joshua & Naomi Collins, ibu bapa kepada Barnabas terbunuh kerana kuasa sihir dari Angelique Bouchard yang kecewa kerana Barnabas tidak cintakan dia. sebaliknya Barnabas jatuh hati pada Josette. Barnabas disumpah jadi vampire, Jossete lak mati kerana sihir Angelique. Selepas hampir 2 abad, Barnabas berjaya keluar dari keranda dan bermulalah adegan balas membalas dendam ngan Angelique.
Watak Barnabas yan dibawa Johny Depp memang lawak. Dahla kuno, maklum la vampire dari zaman lampau, jadi jakun ngan dunia awal 1970-an. Tapi citer ni sedikit blue la ngan adegan panas antara Barnabas & Angelique. Walaupun Barnabas tak cintakan Angelique, tapi dia tetap takleh lawan godaan Angelique. Nak kata best sangat pon takde la citer ni. Bese je kot.